52 banduan maut, penjara terbakar

Anggota polis mengawal laluan menunju ke penjara Tulua yang terbakar pada Selasa. - Foto AP
Anggota polis mengawal laluan menunju ke penjara Tulua yang terbakar pada Selasa. - Foto AP
A
A
A

TULUA - Sekurang-kurangnya 52 banduan terbunuh manakala 26 lagi cedera selepas kebakaran berlaku semasa rusuhan penjara di Tulua, barat daya Colombia, awal pagi Selasa, kata agensi penjara kebangsaan.

Tragedi itu berlaku apabila banduan yang merusuh membakar sekitar jam 2 pagi, cuba menghalang polis daripada memasuki penjara, kata Pengarah Institut Penjara dan Penjara Negara (INPEC), Tito Castellanos.

"Kami telah merawat 26 yang cedera dan jumlah kematian ialah 52," kata Cristina Lesmes yang merupakan Ketua Jabatan Kesihatan di Valle del Cauca seperti di;aporkan AFP.

Penjara yang menempatkan lebih 1,200 banduan itu dikepung oleh polis dan tentera.

Beliau berkata, kebakaran telah dapat dikawal oleh anggota bomba.

Menjelang petang, pasukan forensik telah memasuki penjara untuk cuba mengenal pasti mayat-mayat.

Di luar penjara, berpuluh-puluh ahli keluarga berkumpul mengharapkan maklumat tentang orang yang tersayang.

Pihak berkuasa berkata, pada mulanya berkata, pihaknya sedang menyiasat sama ada insiden itu berlaku sebagai sebahagian daripada cubaan melarikan diri namun kemudian menjelaskan ia berlaku disebabkan oleh rusuhan. - Agensi