Sila log masuk terlebih dahulu.

Pas tidak tergugat dengan tuduhan Husam

Mohd Nassuruddin (kanan) menandatangani plak Perasmian Klinik, Hospital dan Farmasi Patuh Syariah Pertama di Malaysia di Kota Bharu pada Isnin.
Mohd Nassuruddin (kanan) menandatangani plak Perasmian Klinik, Hospital dan Farmasi Patuh Syariah Pertama di Malaysia di Kota Bharu pada Isnin.
A
A
A

KOTA BHARU - Pas Kelantan tidak tergugat dengan pelbagai pendedahan termasuk isu masalah air dan pembalakan yang lantang disuarakan Pengerusi Sekretariat Save Kelantan, Datuk Husam Musa, mutakhir ini.

Ketua Penerangan Pas Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, bekas Exco Kanan negeri itu dianggap tidak mempunyai pendirian tetap apabila berterusan dikatakan ‘menyerang’ kerajaan negeri ketika sudah tidak lagi berada di dalam pentadbiran negeri itu.

Katanya, pendedahan dilakukan Husam yang juga Ketua Amanah Kota Bharu didakwa lebih terarah kepada tuduhan terhadap pentadbiran kerajaan negeri itu.

“Kita tidak ada masalah, yang tidak mampu bertahan dalam pilihan raya itu dia. Kita mampu bertahan, sebab itu kita menang dan dia tidak mampu untuk mempertahankan kerusi, sebab itu dia kalah.

“Sesiapa pun boleh berkata macam-macam kepada kerajaan, tuduh apa-apa kerana tuduh tidak perlu kepada fakta, tetapi jawapan kena perlu disertakan fakta,” katanya ketika ditemui di Majlis Perasmian Klinik, Hospital dan Farmasi Patuh Syariah di Hotel Perdana, di sini, pada Isnin.

Turut hadir, Timbalan Mufti Kelantan, Datuk Nik Abdul Kadir Nik Mohamad.

Beliau yang juga Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Kelantan berkata, sejarah membuktikan sepanjang pemerintahan Pas di Kelantan, tiada seorang pun wakil rakyat parti itu yang didakwa di mahkamah berkait kesalahan rasuah.

“Ini sejarah yang tak boleh dinafikan oleh sesiapa. Sesiapa pun boleh fitnah tapi terbukti tidak ada seorang pun wakil rakyat Pas yang didakwa di mahkamah melibatkan kes rasuah.

Artikel Berkaitan:

“Individu ini pula jenis manusia yang apabila duduk dalam kerajaan dia bela dan apabila terpelanting keluar, ada pula yang dia serang kerajaan. Ini orang yang tak ada pendirian,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan majlis berkenaan, Pengasas BeDaie, Amar Mirza Ab Kadir Jailani berkata, BeDaie menyediakan modul Patuh Syariah untuk kegunaan klinik, hospital dan farmasi seluruh Malaysia khusus menerangkan hukum dan amalan syariah dalam perubatan yang dinilai oleh Ketua Penolong Mufti Bahagian Penyelidikan, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Syed Shahridzan Syed Mohamed.

“Modul enam fasa berkaitan fiqh perubatan ini boleh diamalkan dalam kalangan perawat, kakitangan dan pesakit dalam menerapkan nilai-nilai agama dalam amalan perubatan berlandaskan al-Quran dan Sunnah Nabi SAW sekali gus memberikan keselesaan serta menjamin kesejahteraan kepada pesakit beragama islam di institusi perubatan.

“Bagi fasa pertama, 100 klinik swasta mengikuti program anjuran BeDaie ini yang turut merangkumi platform atas talian mypatuh.com bagi memudahkan capaian maklumat berkaitan,” katanya.