Pelajar tingkatan dua antara lima remaja ditahan curi motosikal

Antara motosikal Honda EX5 dipercayai dicuri yang berjaya dirampas polis - Foto PDRM.
Antara motosikal Honda EX5 dipercayai dicuri yang berjaya dirampas polis - Foto PDRM.
A
A
A

AMPANG - Kelicikan lima pelajar sekolah mencuri motosikal dengan hanya menggunakan sambungan wayar untuk menghidupkan enjin motosikal berakhir apabila mereka ditahan polis dalam lima serbuan berasingan di sekitar Ampang Jaya di sini pada 22 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, dalam serbuan yang bermula sekitar jam 6.30 petang itu, pihak polis turut merampas sebanyak lapan buah motosikal jenis Honda EX5.

"Kesemua suspek berusia lingkungan 14 hingga 16 tahun melakukan curi dengan menyasarkan motosikal jenis Honda EX5 bagi kegunaan harian dan mempunyai kemahiran untuk menghidupkan enjin motosikal dengan penyambungan wayar.

"Dengan tertangkapnya geng ini, pihak polis berjaya menyelesaikan lapan kes berkaitan kecurian motosikal di Ampang," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, kesemua suspek yang masih bersekolah itu direman sehingga 29 Jun ini untuk membantu siasatan dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan: