Sila log masuk terlebih dahulu.

CCTV rakam lelaki curi durian di Singapura

Rakaman CCTV HoJiak Durian and Fruits menunjukkan seorang lelaki yang mencuri durian di sebuah kedai buah itu di Singapura. - Foto HoJiak Durian and Fruits/MSNews
Rakaman CCTV HoJiak Durian and Fruits menunjukkan seorang lelaki yang mencuri durian di sebuah kedai buah itu di Singapura. - Foto HoJiak Durian and Fruits/MSNews
A
A
A

SINGAPURA - Seorang lelaki didapati mencuri sebiji buah durian di sebuah kedai yang menjual raja buah itu baru-baru ini.

Perbuatan lelaki itu dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) dan disiarkan di akaun milik Ho Jiak Durian and Fruits di Facebook.

Ho Jiak Durian and Fruits itu merupakan penjual buah berkenaan di Jurong Timur.

Kejadian dipercayai berlaku pada 22 Jun lalu.

Menerusi rakaman itu, lelaki berkenaan yang berumur pertengahan tahun mengambil sebiji buah durian di bawah kain tarpaulin yang menutup buah tersebut.

Penjual durian itu berharap lelaki itu tidak lagi melakukan perkara tersebut.

Dua portal berita di Singapura iaitu MS News dan Mothership menyiarkan laporan tentang kejadian tersebut. - Agensi

Artikel Berkaitan: