Sila log masuk terlebih dahulu.

KPM, Lembaga Peperiksaan keluarkan slip keputusan baharu

Laporan Sinar Harian pada Sabtu.
Laporan Sinar Harian pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Isu berhubung dua pelajar yang diberikan gred T iaitu Tidak Hadir dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi subjek Bahasa Melayu baru-baru ini, mendapat perhatian daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta Lembaga Peperiksaan.

Pihak berkenaan menerima aduan terbabit dan membuat semakan semula terhadap keputusan SPM bagi kedua-dua pelajar tersebut iaitu Nur Adeela Huda Muhammad Azmil dan Nur Qamarina Munirah Mustaqim.

Ibu kepada Nur Adeela, Dr Nurul Shahnaz Ahmad Mahdzan, 49, berkata, dia telah menerima e-mel daripada Lembaga Peperiksaan yang meminta anaknya mengambil slip SPM yang baharu di sekolah pada Isnin.

Ujarnya, dia berharap agar keputusan tersebut diperoleh secepat mungkin bagi memudahkan urusan mereka dalam membuat permohonan melanjutkan pengajian di peringkat universiti.

“Saya juga berasa lega (perkara ini dapat diselesaikan) kerana kalau tidak ada ‘push factor’ daripada akhbar Sinar Harian dan tidak ditimbulkan, mungkin pihak terbabit tidak mengambil tindakan secepat ini.

“Kita tidak tahu mungkin ada lagi calon-calon SPM yang turut berdepan dengan kes yang sama,” katanya ketika dihubungi oleh Sinar Harian pada Ahad.

Pada Sabtu, dua pelajar mempersoalkan tindakan Lembaga Peperiksaan yang memberikan gred T iaitu Tidak Hadir dalam keputusan SPM mereka bagi subjek Bahasa Melayu meskipun mereka menduduki peperiksaan terbabit.

Gred T yang diperoleh itu akan menyukarkan pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Utama Damansara 3 tersebut untuk membuat permohonan memasuki universiti berikutan Bahasa Melayu merupakan subjek wajib lulus.

Artikel Berkaitan: