Pulau Hainan miliki pantai 'menyanyi'

Pulau Hainan di China mempunyai 'pantai menyanyi' yang mengeluarkan bunyi apabila angin bertiup. - Foto Getty
Pulau Hainan di China mempunyai 'pantai menyanyi' yang mengeluarkan bunyi apabila angin bertiup. - Foto Getty
A
A
A

BEIJING - Fenomena yang dipanggil sebagai nyanyian pasir boleh didengar apabila angin melepasi bukit pasir lalu menghasilkan bunyi.

Sehubungan itu, para saintis China telah menemui lokasi pasir menyanyi yang pertama di pantai negara itu.

Ia terletak di wilayah pulau tropika Hainan, lapor Xinhua.

"Ia akan memberikan sokongan teknikal kepada pembangunan dan perlindungan sumber pelancongan di Hainan," kata Qu Jianjun yang mengetuai pasukan saintifik di sebalik penemuan itu.

Para saintis berkata, mereka telah menemui beberapa pantai 'bernyanyi'.

Tempat itu merujuk plantai Clearwater Bay, Semenanjung Shenzhou serta kawasan lain di Hainan.

Menurut Jianjun, pulau Hainan mempunyai pasir nyanyian yang menunjukkan tentang kualiti luar biasa air laut dan pantainya. - Agensi