Keputusan STAM diumum Khamis depan

Calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan STAM daripada sekolah masing-masing mulai jam 10 pagi pada 30 Jun ini.
Calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan STAM daripada sekolah masing-masing mulai jam 10 pagi pada 30 Jun ini.
A
A
A

PUTRAJAYA - Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2021 akan diumumkan pada Khamis depan.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi kenyataannya memaklumkan, calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan STAM daripada sekolah masing-masing mulai jam 10 pagi.

"Bagi calon persendirian, slip keputusan peperiksaan STAM akan dihantar melalui pos pada 30 Jun," katanya pada Khamis.

KPM berkata, calon sekolah dan persendirian juga boleh membuat semakan keputusan melalui dalam talian di pautan myresultstam.moe.gov.my mulai jam 10 pagi, 30 Jun sehingga jam 6 petang pada 6 Julai.

"Semakan keputusan peperiksaan juga boleh dibuat menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STAMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888," katanya.

Seramai 5,089 calon menduduki peperiksaan STAM di 132 pusat peperiksaan di seluruh negara.