Warga Singapura maut tercampak

Kemalangan membabitkan sebuah lori dan bas persiaran dua tingkat di Kilometer 269 Lebuhraya Plus Arah Utara di sini tadi.
Kemalangan membabitkan sebuah lori dan bas persiaran dua tingkat di Kilometer 269 Lebuhraya Plus Arah Utara di sini tadi.
A
A
A

NILAI – Seorang warga negara Singapura maut, manakala lima lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah lori dan bas persiaran dua tingkat di Kilometer 269 Lebuhraya Plus Arah Utara di sini tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Norazam Khamis berkata, dalam kejadian yang dipercayai berlaku kira-kira jam 11.50 pagi itu, mangsa, Serina Idris,27, tercampak keluar daripada tingkat atas bas persiaran itu sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Katanya, akibat daripada kemalangan itu, pemandu bas berusia 44 tahun tersepit, tiga penumpang termasuk seorang lelaki warga negara Singapura mengalami cedera di bahagian kaki, manakala 15 penumpang yang lain selamat.

“Kita dimaklumkan bas persiaran ini daripada Singapura menuju ke Genting Highlands untuk menghantar penumpang ke sana.

“Bagaimanapun setiba di lokasi, bas tersebut berlanggar dengan lori, sehingga menyebabkan pemandu bas tersepit, manakala kelindan lori cedera di bahagian kepala dan pemandu lori terselamat,”katanya.

Mayat kemudiannya di hantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk tindakan susulan.

Tambahnya, pihaknya menerima laporan kemalangan pada jam 11.53 pagi dan sampai ke lokasi pada jam 12.12 tengahari, membabitkan dua jentera dan satu EMRS.

Katanya, pihaknya mengambil masa 10 minit untuk mengeluarkan pemandu bas yang tersepit itu, dan kes diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Artikel Berkaitan: