SDG: Terengganu rekod pencapaian indikator baik

Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin
Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin
A
A
A
KUALA TERENGGANU - Terengganu merekodkan pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang baik bagi beberapa indikator mengikut lima bidang tumpuan iaitu kemajuan masyarakat, kemakmuran, keamanan, kerjasama dan penjagaan bumi.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, bagi bidang tumpuan kerjasama (partnership), Terengganu menunjukkan pencapaian yang baik bagi penggunaan internet dalam kalangan individu iaitu meningkat kepada 95.5 peratus pada tahun 2021 berbanding 84.2 peratus pada tahun 2020.

Beliau berkata, bagi bidang tumpuan kemajuan masyarakat (people), kadar kematian disebabkan kemalangan jalan raya menurun daripada 20.2 bagi setiap 100,000 penduduk pada tahun 2019 kepada 16.5 pada tahun 2020.

"Kadar pengangguran pada tahun 2021 juga bertambah baik kepada empat peratus berbanding 4.1 peratus pada tahun sebelumnya bagi bidang tumpuan kemakmuran.

"Bagi bidang tumpuan keamanan (peace) pula, bilangan kamera litar tertutup (CCTV) meningkat kepada 172 pada tahun 2020 berbanding 157 pada tahun 2019.

"Seterusnya indikator bagi bidang penjagaan bumi (planet) pula, peratus penduduk yang menggunakan perkhidmatan air minuman yang diuruskan dengan selamat kekal tinggi iaitu 96 peratus bagi tahun 2018 dan 2019," katanya dalam kenyataan pada Selasa. - Bernama