Sharnaaz berterima kasih kepada PDRM

Sharnaaz berterima kasih kepada anggota polis serta berkongsi lakaran bangunan IPD Sentul di InstaStory miliknya.
Sharnaaz berterima kasih kepada anggota polis serta berkongsi lakaran bangunan IPD Sentul di InstaStory miliknya.
A
A
A
PETALING JAYA – Pelakon sensasi, Sharnaaz Ahmad menzahirkan ucapan penghargaan buat anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana menjaganya sepanjang tempoh ditahan reman selama tiga hari di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di sini, sejak 18 Jun lalu.

Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 37, berkata, dia berterima kasih kepada anggota polis yang menjaga dan mendidiknya dengan baik sepanjang tempoh tersebut.

"Aku bersedih berpisah dengan orang yang sentiasa menjaga dan mendidik aku di sana (IPD Sentul), terima kasih tuan-tuan, anda tahu siapa anda,” katanya dalam satu perkongsian di InstaStory miliknya malam Isnin.

Dalam perkongsian itu, pelakon tersebut turut memuat naik foto lakaran bangunan IPD Sentul.

Pada Isnin, Sharnaaz dibebaskan dengan jaminan polis atas dakwaan memukul dan menendang seorang penghuni di kondominium di Segambut, pada Khamis lalu.