'Salam daripada saya dan Kiky'

Najib bersama kucing kesayangannya.
Najib bersama kucing kesayangannya.
A
A
A

BERHADAPAN saat-saat getir dalam hidup, bukan sesuatu yang mudah untuk dihadapi oleh insan bernama Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bagaimanapun, bekas Perdana Menteri itu ada cara tersendiri untuk menghadapi gelodak fasa turun naik roda kehidupan dan saat-saat mencabar dalam hidupnya setelah tidak lagi mempunyai kuasa.

Katanya, senyum merupakan terapi yang terbaik ketika berhadapan 'ujian hidup' ketika ini.

"Senyum, setiap saat walau suka duka.

"Sabar, setiap masa walau orang menghina menekan kita," katanya menerusi perkongsian di Facebooknya.

Katanya lagi, "Syukur, kepada ALLAH SWT kerana kita masih dikurniakan nikmat-NYA.

"Salam daripada saya dan Kiky (kucing kesayanggannya)," katanya mengakhiri perkongsian.

Najib kini berhadapan dengan pelbagai kes yang membabitkan isu 1MDB.

Artikel Berkaitan:

[ARTIKEL BERKAITAN: Najib dipanggil SPRM lagi...]