Verstappen juara lagi

Verstappen bersama trofi yang dimenanginya. - Foto EPA
Verstappen bersama trofi yang dimenanginya. - Foto EPA
A
A
A

MENEPATI ramalan, juara dunia Max Verstappen mendominasi litar Gilles Villeneuve bagi muncul juara Grand Prix (GP) Formula 1 (F1) Kanada pada Isnin.

Pelumba Red Bull itu merekodkan catatan masa 1 jam 36 minit 21.757 saat untuk terus mendominasi kedudukan teratas kejuaraan dunia bersama pasukannya ketika ini dengan meraih 175 mata secara keseluruhan.

Mengulas kejayaan itu Verstappen berkata, kesemua pelumba dilihat melakukan perkara sama kali ini, namun dia lebih bernasib baik untuk muncul selaku pemenang.

“Perlumbaan kali ini sungguh menyeronokkan..dari mula sehinggalah ke garisan penamat. Ia juga sungguh mendebarkan.

“Saya telah memberikan segala-galanya dan dalam masa sama turut melihat kerja keras pemandu-pemandu lain.

“Namun apabila bermula pada kedudukan yang baik, ia (perlumbaan) akan menjadi lebih mudah dan jujur saya katakan beberapa selekoh terakhir nyata memberikan ‘keseronokan’ dalam perlumbaan kali ini,” katanya.

Verstappen selesa mendahului pelumba-pelumba lain GP F1 Kanada pada Isnin. - Foto EPA
Verstappen selesa mendahului pelumba-pelumba lain GP F1 Kanada pada Isnin. - Foto EPA

Perlumbaan pada Isnin itu menyaksikan saingan sengit antara Verstappen dan pemandu Ferrari, Carlos Sainz J, terutamanya di beberapa selekoh terakhir.

Bagaimanapun, pengalaman nyata memisahkan keduanya apabila pelumba Belanda itu dilihat tenang mengawal pemanduan bagi memenangi perlumbaan.

Sementara itu, juara dunia tujuh kali, Lewis Hamiton yang sekadar menamatkan perlumbaan pada tempat ketiga menyifatkan ia sebagai satu pencapaian luar biasa bagi dirinya dan pasukan Mercedes di sebalik saingan sengit tahun ini.

“Kita perlu terus fokus dan tidak berputus asa. Namun kita juga perlu sentiasa berwaspada kerana semakin hampir (kejuaraan) dan ia memerlukan komitmen berterusan daripada semua pihak untuk kekal bersaing dan memberikan cabaran kepada pelumba-pelumba lain,” katanya.