Ozil mungkin beralih ke bidang e-sukan

Ozil - Foto GettyImages
Ozil - Foto GettyImages
A
A
A

EJEN Mesut Ozil, Dr Erkut Sogut memberi bayangan bekas pemain tengah Arsenal itu berkemungkinan akan menceburi bidang e-sukan sekiranya dia kekal disisihkan daripada bermain untuk Fenerbahce.

Menurut Sogut, perkara itu bukanlah satu yang mustahil memandangkan Ozil juga merupakan seorang yang mahir bermain permainan Fortnite selain mempunyai pasukan e-sukan diberi nama M-10 e-sports.

“Dia (Ozil) mungkin akan menceburi bidang e-sukan. Mungkin juga dia akan bergelar atlet e-sukan sekiranya dia tidak lagi bermain bola sepak.

“Jujur saya katakan, dia memang bagus dalam e-sukan terutamanya ketika bermain permainan Fortnite. Malah saya juga tidak terkejut sekiranya dia akan masuk bertanding untuk permainan tersebut.

“Malah dia juga memiliki pasukannya sendiri, M10 Esports dan mempunyai beberapa pemain selain ‘outlet’ e-sukan di Jerman,” katanya.

Sebelum ini, Ozil merupakan individu penting dalam pasukan Fenerbahce di bawah kendalian Ismail Kartal musim lalu, apabila meledak sembilan jaringan dan mencatatkan tiga bantuan gol dalam semua pertandingan.

Bagaimanapun, di bawah jurulatih baharu Jorge Jesus, Ozil kerap kali diketepikan daripada pasukan utama Fenerbahce bagi musim ini atas sebab masalah disiplin.