SMITI Tahfiz Tok Guru perlukan asrama baharu

Pelajar-pelajar Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam (SMITI) Tahfiz Tok Guru, Pasir Puteh.
Pelajar-pelajar Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam (SMITI) Tahfiz Tok Guru, Pasir Puteh.
A
A
A

PASIR PUTEH - Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam (SMITI) Tahfiz Tok Guru di sini memerlukan sebuah asrama yang baharu bagi menampung 130 pelajarnya pada tahun ini.

Pengetua SMITI Tahfiz Tok Guru, Wan Abu Bakar Wan Mahussin berkata, jumlah pelajar tahfiz yang terletak di Kampung Wakaf di sini dijangka bertambah 60 orang lagi pada tahun 2023.

“Sekarang ada 88 pelajar dan akan menjadi 130 tahun ini. Jadi, kami perlu segera memulakan pembinaan asrama tersebut kerana pelajar yang masuk akan bertambah 60 lagi pada tahun 2023.

“Asrama sedia ada sudah penuh dan pembinaan asrama baharu perlu dimulakan serta disiapkan pada tahun ini,” katanya kepada Sinar Harian di sini pada Jumaat.

Perkembangan Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam (SMITI) Tahfiz Tok Guru, Pasir Puteh.
Perkembangan Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam (SMITI) Tahfiz Tok Guru, Pasir Puteh.

Menurutnya, pembinaan asrama pelajar tahfiz berkenaan yang diperlukan keseluruhannya berjumlah RM559,900.

“Jumlah dana yang terkumpul ketika ini sebanyak RM116,000 dan pihak pengurusan masih memerlukan baki kos pembinaan berjumlah RM443,900.

“Projek pembinaan akan bermula dalam masa dua minggu lagi dan dana tersebut diperlukan segera bagi menyiapkan asrama sebanyak 4,230 lot kaki persegi tersebut,” katanya.

Dana diperlukan bagi pembinaan asrama Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam (SMITI) Tahfiz Tok Guru, Pasir Puteh.
Dana diperlukan bagi pembinaan asrama Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam (SMITI) Tahfiz Tok Guru, Pasir Puteh.

Bagi yang ingin menderma boleh salurkan sumbangan ke akaun Pusat Tahfiz Turath Tok Guru, Maybank 553010642856 atau hubungi Pengetua SMITI Tahfiz Tok Guru, Wan Abu Bakar Wan Mahussin di talian 013-9466880.