Masjid Melayu Lebuh Acheh

A
A
A

Para pelancong yang mengunjungi Pulau Pinang akan tertarik dengan bangunan-bangunan peninggalan zaman yang terletak di Tapak Warisan Unesco.Masjid Melayu Lebuh Acheh yang terletak di Lebuh Acheh yang dibina pada 1808 di

Tapak Warisan Dunia dan merupakan salah satu tempat tarikan para pelancong yang mengunjungi Pulau Mutiara. Masjid ini diasaskan oleh Tengku Syed Hussain Al-Aidid yang berasal dari Acheh, Indonesia.Beliau membuka dan

memajukan sebuah penempatan di Lebuh Acheh dengan mendirikan sebuah masjid, menara, rumah kediaman, deretan rumah kedai, Madrasah Al-Quran dan pusat pengajian. Ia dijadikan sebagai sebuah pusat pengajian agama Islam

terawal di Pulau Pinang.Masjid Melayu Lebuh Acheh pesat membangun dengan kegiatan perdagangan malahan suatu masa dahulu diberi jolokan ‘Jeddah Kedua’.Ratusan bakal haji Malaysia, Indonesia dan Thailand berkumpul di masjid

berkenaan sebelum berlepas ke tanah suci Mekah menaiki kapał laut pada pertengahan abad ke-19 sehingga kapal laut digantikan dengan kapal terbang sebagai pengangkutan utama ke Mekah pada tahun 1976. Seni bina masjid ini

menggabungkan seni bina Moorish, Cina dan klasik dengan menara berbentuk oktagon yang masih kekal sehingga hari ini. Terdapat sebuah makam Tengku Syed Hussain di bahagian belakang masjid berkenan.

Masjid yang berusia lebih 214 tahun ini diktiraf sebagai status Warisan Negara oleh Jabatan Warisan Negara pada tahun 2006. - Foto Bernama.

Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

DAIWA 2024

No Image Caption
GALERI

Tinjauan Jerebu Kuala Lumpur

No Image Caption
GALERI

Hari Bumi Sedunia 2024

No Image Caption
GALERI

Muzium Budaya Borneo