Bursa Malaysia rendah pada tengah hari

Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi pagi ini secara menyeluruh sejajar dengan kebanyakan bursa serantau, berikutan jualan yang berterusan menguasai sesi awal. Foto 123RF
Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi pagi ini secara menyeluruh sejajar dengan kebanyakan bursa serantau, berikutan jualan yang berterusan menguasai sesi awal. Foto 123RF
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi pagi ini secara menyeluruh sejajar dengan kebanyakan bursa serantau, berikutan jualan yang berterusan menguasai sesi awal, kata peniaga.

Pada rehat tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 22.11 mata kepada 1,450.66 daripada 1,472.77 semalam.

Indeks barometer dibuka rendah 11.84 mata kepada 1,460.93, dan bergerak antara 1,445.64 dan 1,461.03 sepanjang sesi.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 770 berbanding 151 manakala 278 kaunter tidak berubah, 1,080 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.57 bilion unit bernilai RM851.18 juta.

Dalam nota penyelidikan, Malacca Securities Sdn Bhd berkata, susulan penurunan di Wall Street semalaman, turun naik pasaran akan terus menjadi ciri di bursa tempatan dengan kebimbangan yang berterusan terhadap peningkatan risiko kemelesetan.

"Saham berharga rendah dijangka menghadapi satu lagi pusingan jualan berikutan pelabur dijangka melepaskan pegangan mereka apabila berlaku ketidaktentuan pasaran,” katanya.

Saham wajaran tinggi Maybank merosot empat sen kepada RM8.68, Public Bank berkurangan lima sen kepada RM4.50, Petronas Chemicals dan IHH Healthcare, masing-masing susut sembilan sen kepada RM9.54 dan RM6.25 serta CIMB turun lapan sen kepada RM4.94.

Daripada saham aktif, Sapura Energy tidak berubah pada lima sen, Hibiscus Petroleum merosot sembilan sen kepada RM1.08, Dagang NeXchange berkurangan 2.5 sen kepada 81.5 sen manakala Top Glove naik 1.5 sen kepada 99 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 155.29 mata kepada 10,339.30, Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 188.19 mata kepada 10,475.44, FBM 70 susut 154.69 mata kepada 12,485.45, FBM ACE turun 75.83 mata kepada 4,738.91 dan Indeks FBMT 100 jatuh 146.94 mata kepada 10,080.28.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 175.87 mata kepada 16,183.40, Indeks Perladangan berkurangan 156.60 mata kepada 7,161.47 serta Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan susut 3.58 mata kepada 185.24. - Bernama