Harga RON97 naik, RON95 kekal

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kewangan menetapkan harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 2 sen seliter kepada RM2.63 seliter berbanding RM2.61 seliter bermula tengah malam ini sehingga 5 April depan.

Sementara harga RON95 kekal tidak berubah pada paras RM2.08 seliter untuk tempoh sama.

Bagi harga runcit diesel juga turut kekal tidak berubah pada RM2.18 seliter.

Kementerian Kewangan melalui kenyataan media menjelaskan, penetapan itu dilakukan berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

“Berdasarkan pengiraan di bawah formula APM, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh 30 Mac sehingga 5 April 2019 sepatutnya adalah sebanyak RM2.33 seliter dan RM2.36 seliter masing-masing.

“Namun, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh di atas adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan Kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat,” katanya.

Artikel Berkaitan: