Aaron-Wooi Yik mara ke pusingan 16 Terbuka Indonesia

Aksi Aaron (kanan) dan Wooi Yik pada Rabu.
Aksi Aaron (kanan) dan Wooi Yik pada Rabu.
A
A
A

BEREGU lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mara ke pusingan 16 Terbuka Indonesia apabila menewaskan gandingan Kim Gi Jung-Kim Sa Rang 21-18, 11-21, 21-11 dalam tempoh 48 minit, di Stadium Istora Senayan pada Rabu.

Setelah memenangi set pertama, gandingan Aaron-Wooi Yik yang juga merupakan beregu pilihan kelima kejohanan tewas pada set kedua bagi mengheret perlawanan ke set penentuan.

Di set penentuan, Aaron-Wooi Yik dilihat menggunakan sepenuh pengalaman yang ada bagi mencatatkan kemenangan ke atas beregu Korea Selatan berkenaan.