Maqis rampas 25 tan daging babi sejuk beku dari Sepanyol

Maqis merampas 25 tan daging babi sejuk beku yang tidak mematuhi syarat Permit Import di Pelabuhan Klang pada Ahad lalu.
Maqis merampas 25 tan daging babi sejuk beku yang tidak mematuhi syarat Permit Import di Pelabuhan Klang pada Ahad lalu.
A
A
A

KLANG - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) mematahkan cubaan membawa masuk 25 tan daging babi sejuk beku bernilai RM282,000 dipercayai dari Sepanyol di Pelabuhan Klang pada Ahad lalu.

Pengarah Maqis Selangor, Mohd Sobri Md Hashim berkata, daging babi tersebut dikesan menerusi pemeriksaan yang dijalankan melibatkan sebuah kontena.

"Pemeriksaan dijalankan mendapati kontena yang membawa dagangan daging babi sejuk beku itu tidak mematuhi syarat Permit Import yang dikeluarkan oleh Maqis.

"Pengimport yang membawa dagangan itu gagal mempamerkan nombor loji pemprosesan pada label barang dagangan tersebut seperti yang dinyatakan dalam syarat Permit Import yang diluluskan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Katanya, kesemua daging babi sejuk beku yang dirampas tersebut dianggarkan sebanyak 25,000 kilogram (kg).

"Rampasan dijalankan terhadap kesemua daging babi sejuk beku itu untuk tindakan selanjutnya.

"Kegagalan mematuhi syarat yang ditetapkan pada Permit Import Maqis menjadi satu kesalahan mengikut Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011," katanya.