Penumpang berang perkhidmatan LRT sesak

Pengguna Twitter, @nrjwznl memuat naik gambar keadaan sesak di sebuah stesen kereta api pada pagi Selasa.
Pengguna Twitter, @nrjwznl memuat naik gambar keadaan sesak di sebuah stesen kereta api pada pagi Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) dipercayai sesak sejak pagi tadi dan mendatangkan kemarahan penumpang yang rata-rata ingin menuju ke tempat kerja.

Pengguna akaun Twitter dengan nama @nrjwznl berkata, dia sendiri terlepas dua tren untuk ke tempat kerja berikutan kedua-dua LRT itu penuh dengan penumpang.

“Tidak ada guna kalau bangun awal nak naik kereta api untuk tiba di pejabat tepat pada masanya, tapi terlepas dua tren kerana penuh dengan penumpang dan (tren) datang selepas setiap lima minit.

“Dari pukul 8 tunggu tren tak dapat masuk. Hari ini memang aku nak maki saja,” ciapnya.

Dalam masa sama, dia turut berkongsi beberapa gambar di media sosialnya menunjukkan situasi sesak di sebuah stesen kereta api.

“Tengok ni, berapa ramai tengah menunggu. Dah tunggu lama tak dapat masuk tren sebab penuh. Kena tunggu lagi lima minit!” luahnya.

Ciapannya mendapat perhatian netizen yang turut meluahkan ketidakpuasan hati terhadap perkhidmatan awam tersebut.

Antaranya, pengguna Twitter dengan nama @NajmiHanafiah mendakwa bahawa sistem pengangkutan awam di bandar raya ketika ini masih lagi gagal diatasi.

“Nak rakyat guna kenderaan awam, tapi frekuensi, kepadatan hauk. Bandar ini sebenarnya bandar yang dah gagal,” ciapnya.