Banjir kilat: 16 rumah terjejas di Mentara Baru

Sebanyak 16 buah rumah dimasuki air selepas hujan lebat kira-kira jam 1 pagi.
Sebanyak 16 buah rumah dimasuki air selepas hujan lebat kira-kira jam 1 pagi.
A
A
A

LIPIS - Hujan lebat awal pagi tadi menyebabkan banjir kilat di Mentara Baru dekat Merapoh, hari ini.

Ketua Zon 3 Pahang, Penguasa Bomba Shahrulnizam Nasir berkata, sebanyak 16 buah rumah dimasuki air selepas hujan lebat kira-kira jam 1 pagi.

"Buat masa ini keadaan air Sungai Mentara dalam keadaan bertenang dan cuaca mendung pada masa ini.

"Dan kita dimaklumkan oleh Jabatan Pengairan Saliran (JPS) kuantiti hujan awal pagi tadi sebanyak 231 milimeter (mm) berbanding kadar normal 20mm," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya,buat masa ini tiada pemindahan mangsa dilakukan dan pemantauan dilakukan dari semasa ke semasa di kawasan tersebut.

No Image Caption

Artikel Berkaitan: