PM buat lawatan mengejut

Lawatan mengejut Ismail Sabri ke Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) pada Ahad.
Lawatan mengejut Ismail Sabri ke Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) pada Ahad.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melakukan lawatan mengejut ke Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) pada Ahad.

Lawatan mengejut berkenaan dimuat naik Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi menerusi akaun Facebooknya.

"Terima kasih Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang sudi turun padang melihat sendiri keadaan di CIQ BSI.

"Semoga dengan lawatan ini akan membawa limpahan rahmat kepada pengguna-pengguna," katanya.

Pada 20 Mei lalu, Onn Hafiz membuat kejutan apabila bertindak menyamar sebagai orang awam untuk melihat dengan sendiri proses memasuki Singapura dari Johor Bahru.

Difahamkan, Onn Hafiz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap itu bertindak memasuki republik berkenaan menggunakan bas awam secara sendiri

Sebelum ini, pekerja Malaysia di Singapura yang berulang-alik menggunakan pengangkutan awam sering mengeluh kerana sering beratur dalam tempoh yang lama terutama ketika waktu puncak.

Sempadan antarabangsa Malaysia-Singapura telah dibuka sepenuhnya bermula 1 April lepas dan memberi manfaat khususnya kepada pengguna perjalanan darat antara kedua-dua negara.