Tiga sahabat berdepan hukuman gantung edar dadah

Tertuduh, Mohd Nazri Mohamed, 38, (dua dari kiri), Ismail Jusoh, 47, (dua dari kanan) dan Mat Zainudin Mansor, 38 (tengah) dijatuhi hukuman mati selepas didapati bersalah mengedar dadah pada tahun 2018.
Tertuduh, Mohd Nazri Mohamed, 38, (dua dari kiri), Ismail Jusoh, 47, (dua dari kanan) dan Mat Zainudin Mansor, 38 (tengah) dijatuhi hukuman mati selepas didapati bersalah mengedar dadah pada tahun 2018.
A
A
A

KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] Tiga sahabat dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi, di sini, pada Ahad selepas didapati bersalah mengedar 134.6 gram (g) dadah jenis metamphetamine di kawasan sawah padi di Kampung Bendang Keladi, Batu Gajah, Tanah Merah, empat tahun lalu.

Hakim Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh menjatuhkan itu terhadap Mohd Nazri Mohamed, 38, Ismail Jusoh, 47, dan Mat Zainudin Mansor, 38 pada keputusan di akhir kes pembelaan.

Beliau dalam alasan penghakimannya menjatuhkan hukuman itu selepas ketiga-tiga tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pihak pendakwaan di akhir kes pembelaan.

“Mahkamah tidak mempercayai keterangan semua tertuduh kerana semasa tangkapan mereka bertiga berada di pondok itu dengan dadah tersebut berada di atas meja di pondok berkenaan.

“Mahkamah menganggap mereka reka cerita sedangkan mereka tahu berkaitan dadah dibuktikan lebih jelas apabila mereka melarikan diri. Oleh sebab itu, ketiga-tiga tertuduh didapati bersalah dan disabitkan dengan pertuduhan serta dihukum gantung sampai mati,” katanya di Mahkamah Tinggi, di sini, pada Ahad.

Mengikut pertuduhan pertama tersebut, mereka didakwa secara bersama mengedar 134.6g dadah jenia metamphetamine di Kampung Bendang Keladi, Batu Gajah, Tanah Merah pada jam 2.30 petang pada 21 Mac 2018.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Khairul Anuar Wahab manakala tertuduh-tertuduh peguam masing-masing.

Dalam perkembangan sama, mereka turut dijatuhi hukuman penjara enam bulan selepas didapati bersalah kerana memiliki racun Caffiene seberat 9.2g pada masa tarikh dan tempat yang sama mengikut Seksyen 9(1) Akta Racun 1952.

Mereka turut dihukum penjara enam bulan terhadap pertuduhan pindaan secara berasingan mengikut Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah jenis metamphetamine sebanyak 0.19g (Mat Zainudin), 0.2g (Mohd Nazri) dan 0.3g (Ismail) pada tarikh dan lokasi sama.

Mahkamah memutuskan kesemua hukuman penjara tersebut berkuat kuasa serentak dari tarikh kesemua tertuduh ditangkap.