Pandu lawan arus: Polis cari saksi bantu siasatan

Keadaan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di NKVE dan menyebabkan empat maut. Foto: PDRM
Keadaan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di NKVE dan menyebabkan empat maut. Foto: PDRM
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Polis sedang mengesan saksi kemalangan mengakibatkan empat maut membabitkan dua buah kereta di Kilometer 12.8, Lebuhraya Baharu Lembah Klang (NKVE) di sini awal pagi Sabtu untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika kereta jenis Proton Wira Aeroback dipandu melawan arus oleh seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun sebelum bertembung dengan sebuah Proton Wira Sedan di lokasi kejadian.

Difahamkan, penumpang kereta Wira Sedan itu dalam perjalanan ke Pulau Pinang sebelum dirempuh oleh Wira Aeroback yang dipandu oleh lelaki yang berasal dari Felda Bukit Rotan, Negeri Sembilan terbabit.

"Kedua-dua pemandu kereta berkenaan dan dua lagi penumpang Proton Wira Sedan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Salah seorang penumpang Proton Wira Sedan mengalami kecederaan parah," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, kesemua mayat mangsa dibawa ke Hospital Shah Alam untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) dan.

"Saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, Inspektor Muhammad Hanif Sukri di talian 014-8066744," katanya.