Tiga gergasi Eropah panas badan di AS

Real Madrid akan kembali ke AS buat pertama kali sejak 2019.
Real Madrid akan kembali ke AS buat pertama kali sejak 2019.
A
A
A

KELAB La Liga, Real Madrid dan Barcelona bersama sensasi Serie A, Juventus dijadualkan ke Amerika Syarikat (AS) untuk kejohanan pramusim pada Julai, kata kelab masing-masing.

Jagoan Eropah itu akan mengambil bahagian dalam 'Jelajah Juara Bola Sepak' yang julung kali diadakan dengan penyertaan kelab Mexico, Club America dan Deportivo Guadalajara.

Acara melibatkan lima kelab itu akan diadakan dari 22 Julai hingga 30 Julai di Las Vegas, San Francisco, Dallas dan Los Angeles.

Jelajah itu menandakan kali pertama sejak 2019 Real Madrid dan Barcelona kembali semula bermain di Amerika Syarikat, manakala Juventus kali terakhir bermain pada 2018.

Untuk rekod, Real Madrid dinobatkan juara La Liga musim 2021/22, manakala Barcelona menduduki kedua, sementara kelab Itali, Juventus menduduki tempat keempat dalam Serie A.