Tiga penyu agar dewasa ditemukan mati di Terengganu hari ini

Salah seekor penyu mati yang ditemui di pantai di Terengganu pada Jumaat.
Salah seekor penyu mati yang ditemui di pantai di Terengganu pada Jumaat.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Tiga bangkai penyu agar dewasa ditemukan di tiga lokasi sekitar daerah Kuala Nerus hari ini iaitu Seberang Takir, Pengkalan Maras dan Pulau Redang.

Ketua Makmal Penyelidikan Luar, Institut Oseanografi dan Sekitaran Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr Mohd Uzair Rusli berkata, bangkai penyu pertama ditemukan oleh seorang pemancing rekreasi pada awal pagi di pantai Seberang Takir.

"Bangkai kedua dan ketiga pula ditemukan di pantai Pengkalan Maras dan Pulau Redang sekitar tengah hari.

"Semua laporan mengenai kematian ini kita terima daripada orang awam serta pertubuhan bukan kerajaan di sekitar lokasi kejadian dan laporan rasmi telah dibuat kepada Jabatan Perikanan Negeri Terengganu," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata, kematian penyu yang banyak secara serentak hari ini sangat mengecewakan dan berharap punca kematian akan didedah oleh Jabatan Perikanan setelah siasatan terperinci dibuat.

Mengikut rekod Jabatan Perikanan Negeri, sebanyak 41 kes kematian penyu telah direkodkan sejak awal Januari lepas. - Bernama

Artikel Berkaitan: