'Fokus utama saya masih lagi di kementerian' - Tengku Zafrul

Tengku Zafrul
Tengku Zafrul
A
A
A

PUTRAJAYA - Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menegaskan tumpuan utamanya pada masa ini adalah tugas-tugas di kementerian.

Menurutnya, sekarang bukan masanya beliau memikirkan isu-isu berkaitan politik.

"Fokus utama saya sekarang adalah masih lagi di kementerian. Tiada pun (soal) politik. Bukan masa ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas hadir Majlis Rumah Terbuka Terlajak Raya Kelab Media Putrajaya, dekat sini, pada Rabu.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai dakwaan akan bertanding di kerusi Parlimen Kuala Selangor.

Tengku Zafrul sebelum ini mengumumkan hasratnya menjadikan Kuala Selangor sebagai Daerah Angkat Kementerian Kewangan bagi merealisasikan kemajuan daerah itu semaksimum mungkin ke hadapan.

Ia kemudiannya mengundang reaksi Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad yang menyifatkan langkah Tengku Zafrul sebagai tindakan 'desperado' untuk meraih sokongan politik.

Sementara penganalisis politik, Azmi Hassan berkata, hasrat Tengku Zafrul itu dilihat sebagai petanda akan bertanding di Kuala Selangor.