Tiga warga Singapura larikan SG$1 juta ditahan

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

JOHOR BAHRU - Tiga lelaki warga Singapura yang dikehendaki polis kerana disyaki terlibat melarikan SG$1 juta milik pengurup wang dua tahun lalu ditahan pada Sabtu dan Ahad lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, kesemua suspek ditahan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini.

"Tangkapan pertama melibatkan seorang suspek berusia 54 tahun manakala sehari selepas itu dua lagi suspek masing- masing berusia 48 dan 49 tahun ditahan.

"Kita sedang memburu seorang lelaki warga tempatan yang merupakan dalang sindiket ini. Polis percaya suspek masih berada dalam negara," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Pemakaian Pangkat Rendah Polis Kontinjen Johor sesi 2/2022 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini pada Rabu.

Kamarul Zaman berkata, polis juga sedang memburu beberapa lagi ahli sindiket ini yang masih bebas.