Pekerja kilang maut terlibat nahas tiga kenderaan

Polis
Polis
A
A
A

PETALING JAYA - Seorang pekerja kilang maut dalam nahas melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 16.7 Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, dalam kejadian kira-kira jam 8.35 pagi itu, mangsa yang menunggang motosikal SYM BX110 dipercayai melanggar bahagian belakang sebuah kenderaan jenis Proton X70.

"Pelanggaran itu mengakibatkan mangsa terbabas lalu terlanggar kereta Perodua Bezza," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Katanya, mangsa yang juga warga tempatan berusia 29 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

"Mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya(PPUM) untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Menurutnya, orang ramai yang melihat kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Mohamad Khairil Helmi Mohamad Isa di talian 019-3318339.