[VIDEO] Dua mayat lelaki ditemui terapung

Dua mayat lelaki ditemui terapung sekitar perairan berhampiran Jeti Marina Pulau Indah di sini pada Khamis.
Dua mayat lelaki ditemui terapung sekitar perairan berhampiran Jeti Marina Pulau Indah di sini pada Khamis.
A
A
A

KLANG - Dua mayat lelaki ditemui terapung sekitar perairan berhampiran Jeti Marina Pulau Indah di sini pada Khamis.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor, Kapten Maritim V Siva Kumar berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan penemuan itu daripada komuniti nelayan pada jam 4.26 petang.

"Bot PERKASA 36 yang sedang dalam operasi, diarahkan ke lokasi kejadian dan tiba kira-kira jam 4.45 petang.

"Kedua mayat tanpa identiti itu salah satunya lengkap berpakaian, manakala satu mayat lagi hanya berseluar panjang," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Katanya, dua mayat berkenaan kemudian dibawa dan dihantar ke Jeti Marina untuk diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia bagi siasatan lanjut.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat atau kehilangan ahli keluarga boleh menghubungi Maritim Negeri Selangor di talian 03-21760627.

"Sebarang maklumat berkaitan jenayah mahupun kecemasan di laut boleh terus menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor atau MERS 999 yang beroperasi secara 24 jam," katanya.

@sinarharianonline Orang ramai ada maklumat atau hilang ahli keluarga boleh hubungi Maritim Selangor di talian 03-21760627 #fyp#TrendingNewsMalaysia#BuletinTikTok original sound - Sinar Harian