Kapal pengangkut tentera AS, USNS Fall River berlabuh di Kuching

Kapal pengangkut tentera AS, USNS Fall River. Foto sumber internet
Kapal pengangkut tentera AS, USNS Fall River. Foto sumber internet
A
A
A

KUCHING - Kapal pengangkut ekspedisi tentera Amerika Syarikat, USNS Fall River berlabuh di Pelabuhan Kuching hari ini bagi menyertai Latihan Kerjasama Pasifik (Eks PP19) selama kira-kira dua minggu sehingga 12 April ini.

Ketibaan kapal itu yang diketuai Kapt Brendon Zilko pada 9 pagi tadi, disambut Ketua Markas 1 Divisyen Infantri Malaysia Kol. Nadzri Che Lah, Pengarah Latihan Eks PP19 Kol. Sr Mohamed Zaki Mohamed Mokhtar dan Pengarah J7(Latihan) Markas Angkatan Bersama, Kol. Zulfakar Abdul Wahid.

Menurut Pegawai Media Eks PP19, Mohd Hafiz Mohamed Sabilan berkata Eks PP19 adalah latihan siap siaga tahunan antara Angkatan Tentera Malaysia, Amerika Syarikat, Australia, Filipina, Jepun, Peru, Thailand dan United Kingdom.

“Sepanjang 15 hari di sini sehingga 12 April depan, kru kapal akan terlibat dalam projek kejuruteraan awam bagi Projek Jiwa Murni Kejuteraan serta Projek Murni Perubatan dan Pergigian,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Katanya program yang berkonsepkan bantuan kemanusiaan dan bantuan bencana itu secara tidak langsung turut merapatkan hubungan di antara masyarakat dan organisasi ketenteraan.

Eksp PP19 akan dirasmikan pada Sabtu ini dan dijangka dihadiri oleh Panglima Angkatan Bersama Lt. Jen Datuk Suhaimi Mohd Zuki. - Bernama

Artikel Berkaitan: