Buruh didakwa ugut pukul bapa guna cangkul

Tertuduh (tengah) ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret pada Rabu.
Tertuduh (tengah) ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret pada Rabu.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang buruh binaan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas dakwaan mengugut memukul bapanya menggunakan cangkul.

Tertuduh, Mohd Nazrul Abd Rahman, 43, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Nordiana Abd Aziz.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mengugut memukul bapanya, Abdul Rahman Ibrahim, 66, menggunakan cangkul akibat perselisihan faham.

Kejadian itu berlaku di sebuah rumah di kampung Beladau Selat di sini pada 27 Mei lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes.