400 pokok merawan siput jantan untuk ditanam

Kakitangan JPNP membuat persiapan akhir untuk pelancaran program anak kebangsaan Pahang 2022 (Pahang Pride Kid) di Taman Bandar, Indera Mahkota, pada Khamis.
Kakitangan JPNP membuat persiapan akhir untuk pelancaran program anak kebangsaan Pahang 2022 (Pahang Pride Kid) di Taman Bandar, Indera Mahkota, pada Khamis.
A
A
A

KUANTAN - [DIKEMAS KINI] Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) menyediakan 400 pokok dari spesies merawan siput jantan untuk ditanam sempena pelancaran program anak kebangsaan Pahang 2022 (Pahang Pride Kid) di Taman Bandar, Indera Mahkota di sini pada Khamis.

Penolong Pengarah Silvikultur (Zon Pahang Timur I) Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Nurfazliza Kamarulbahrin berkata, program Pahang Pride Kid itu dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan turut menanam pokok spesies Tembusu Padang yang disediakan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK).

"JPNP terlibat secara langsung dalam program Pahang Pride Kid 2022 dengan menyediakan pokok spesies tertentu untuk ditanam.

"Jadi, tetamu program berkenaan diberi peluang untuk menanam pokok berkenaan di kawasan yang telah disediakan oleh pihak kami," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurut Nurfazliza, selepas majlis perasmian itu program sama akan diadakan di peringkat daerah di Pahang.

"Penanaman tersebut dilaksanakan sempena Program Penghijauan Malaysia dan Kempen Penanaman 100 Juta Pokok seluruh negara.

"Kami akan terus mengadakan aktiviti menanam pokok di negeri ini dari semasa ke semasa," katanya.