Bank Muamalat tawar khidmat pentaksiran zakat secara percuma

No Image Caption
A
A
A

BANK Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) menawarkan khidmat pentaksiran zakat di kaunter secara percuma, di semua cawangan di Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur,Putrajaya) dan Selangor.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin berkata, khidmat pentaksiran zakat ini disediakan secara percuma bagi meningkatkan kebolehcapaian perkhidmatannya kepada umat Islam.

"Pelanggan Bank Muamalat dan orang ramai yang beragama Islam hanya perlu berjumpa dengan pegawai di cawangan yang berhampiran untuk mendapatkan khidmat nasihat berhubung zakat.

"Buat permulaan khidmat pentaksiran zakat ini disediakan melalui kerjasama Bank Muamalat dengan Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS), bertujuan membantu merancakkan kutipan zakat,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Jelasnya, pihak bank akan mengadakan kerjasama dengan majlis agama Islam negeri yang lain bagi memperluaskan khidmat pentaksiran zakat di kaunter ke semua negeri secara berperingkat. -Bernama