Kesebelasan utama ditentukan selepas setiap perlawanan

Kesebelasan utama ditentukan selepas setiap perlawanan. - Foto Facebook FAM
Kesebelasan utama ditentukan selepas setiap perlawanan. - Foto Facebook FAM
A
A
A

KETUA jurulatih skuad Bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan Brad Maloney gembira apabila kedua-dua tonggak tengah negara Nik Akif Syahiran Nik Mat dan Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi berada dalam senarai pasukan bagi menghadapi kempen Piala Asia B-23 di Tashkent, Uzbekistan.

Maloney berkata, selain kedua-dua pemain itu berkemungkinan besar berada dalam kesebelasan utama, pemain lain juga mempunyai peluang sama rata kerana prestasi mereka akan dinilai dalam setiap perlawanan diharungi.

"Setiap pemain berpeluang dan kedua-dua pemain ini adalah pemain utama dan sangat bagus mereka juga tersedia untuk pemilihan

"Kami akan mengambil setiap perlawanan mengikut meritnya sendiri, supaya perlahan-lahan membentuk apa yang kita panggil kesebelasan utama tetapi buat masa ini agak awal untuk mengatakannya,” katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada Ahad.

Maloney berkata, ia adalah sukar memutuskan kesebelasan utama kerana setiap pemain mempunyai keupayaan masing-masing untuk bersaing dengan lawan mereka.

"Setiap pemain mempunyai peluang berlawan dan terdapat banyak persaingan dalam kumpulan ini walaupun ketika latihan...semua pemain sentiasa mahu menunjukkan mereka layak berada dalam kesebelasan utama,” katanya.

Skuad Harimau Muda yang diundi dalam Kumpulan C akan memulakan kempen di Uzbekistan dengan menentang Korea Selatan pada 2 Jun, diikuti Thailand (5 Jun) dan Vietnam (8 Jun) di Stadium Lokomotiv dan Stadium Bunyodkor di Tashkent. - Bernama

Dua pasukan teratas kumpulan layak ke suku akhir. - Bernama