Laksam daripada Ayam Brand lebih mudah, cepat, tidak renyah

MENGGIURKAN. Laksam menjadi bertambah enak dengan tambahan ulam-ulaman seperti hirisan bunga kantan, kubis, kacang panjang, taugeh dan daun pudina.
MENGGIURKAN. Laksam menjadi bertambah enak dengan tambahan ulam-ulaman seperti hirisan bunga kantan, kubis, kacang panjang, taugeh dan daun pudina.
A
A
A

LAKSAM merupakan salah satu sajian tradisi yang menjadi kegemaran ramai sepanjang masa. Sebenarnya, untuk membuat resipi laksam memang rumit dan memenatkan.

Namun, dengan barisan produk daripada Ayam Brand, segala kerja menjadi mudah. Membuktikan kata-kata itu bukan omongan, Cef Fazli Idris atau lebih dikenali sebagai Cef Fly tampil dalam program Air Tangan Orang Kita dengan menu Laksam Kari Merah.

Untuk kuah laksam yang enak, Cef Fly menggantikan ikan rebus dengan Ikan Sardin Dalam Sos Tomato yang bebas bahan pengawet dan pewarna tanpa Ayam Brand Laksam daripada tambahan Monosodium Glutamat (MSG).

Begitu juga dengan penggunaan santan kotak Ayam Brand yang bebas kolesterol. Paling penting, kesemua produk Ayam Brand diiktiraf halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia!

"Istimewanya kuah laksam ini, saya menggunakan Pes Kari Merah Ayam Brand. Pes kari ini mempunyai pelbagai varian iaitu Pes Kari Hijau, Pes Kari Kuning dan Merah yang sangat sesuai buat mereka mempunyai masa terhad untuk memasak," katanya.

Menikmati laksam sememangnya tidak akan lengkap tanpa sambal belacan. Pun begitu, Cef Fly tidak menggunakan cili merah atau cili padi, sebaliknya produk Tomato Cincang Ayam Brand yang diperbuat daripada 100 peratus tomato segar dari Eropah.

CEF Fly hanya menggunakan produk Tomato Cincang Ayam Brand untuk membuat sambal belacan dengan cara paling mudah.
CEF Fly hanya menggunakan produk Tomato Cincang Ayam Brand untuk membuat sambal belacan dengan cara paling mudah.

Bahan itu dikisar bersama dengan belacan bakar, gula, garam dan limau nipis.

Produk keluaran Ayam Brand sememangnya memberi alternatif yang cepat dan mudah terutama untuk hidangan laksam yang renyah.

"Setiap item Ayam Brand memang membantu orang ramai lebih mudah memasak, tidak perlu buang tulang ikan untuk penyediaan kuah.

"Saya juga berpendapat, produk jenama ini lebih sedap dan berkualiti. Saya boleh gunakan pes Ayam Brand yang ada di pasaran untuk membuat pelbagai menu seperti pasta, spageti, kuah lemak, nasi goreng sardin dan pelbagai lagi sajian," katanya.

Semua produk Ayam Brand boleh didapati di pusat pasar raya besar seperti Giant, Aeon, Jaya Grocer, Village Grocer, pasar raya ataupun kedai runcit di seluruh negara.

Pembelian e-dagang juga boleh dilakukan di platform Shopee dan Lazada menerusi @AYAM BRAND OFFICIAL STORE.

ANTARA bahan-bahan utama untuk memasak Laksam Kari Merah menggunakan produk Ayam Brand.
ANTARA bahan-bahan utama untuk memasak Laksam Kari Merah menggunakan produk Ayam Brand.

LAKSAM KARI MERAH

Untuk 4 hingga 6 orang makan

KUAH LAKSAM:

- 1 tin (425 gram) ikan Sardin Dalam Sos Tomato Ayam Brand

- 1 kotak Pes Kari Merah Ayam Brand

- 3 biji bawang putih

- Sebiji bawang merah

- 1 inci halia

- 250 mililiter (ml) air

- Garam dan gula

- Serbuk lada hitam

- Sedikit minyak

- 1 kotak (250ml) Santan Kelapa Ayam Brand

SAMBAL BELACAN

- Tomato Cincang Ayam Brand

- Belacan bakar

- Garam dan gula

- Limau nipis

LAKSAM

- 3 cawan tepung beras

- 1 liter air suam

- 1 sudu teh minyak

- Secubit garam

ULAM-ULAMAN

- Kacang panjang

- Daun pudina

- Taugeh

- Kubis

- Bunga kantan

- Limau nipis

CARA PENYEDIAAN:

KUAH LAKSAM

1. Kisar ikan sardin (tanpa kuah sos) dan Pes Kari Merah bersama halia, bawang putih, bawang merah, halia, garam, gula, serbuk lada hitam termasuk sedikit minyak air air.

2. Masukkan sedikit air di atas kuali dan masukkan pes yang telah dikisar tadi. Jika terlalu pekat, tambah air sedikit demi sedikit.

3. Apabila sudah mendidih, masukkan Santan Kelapa Ayam Brand. Perasakan garam dan gula.

SAMBAL BELACAN

1. Bakar belacan dan campurkan dengan Tomato Cincang Ayam Brand.

2. Kemudian masukkan garam dan gula. Perahkan sedikit limau.

LAKSAM

1. Campur tepung beras, tepung gandum dan seliter air suam.

2. Untuk memastikan adunan tidak melekit, tambah satu sudu teh minyak.

3. Sapukan kuali dengan sedikit minyak, kemudian curahkan satu setengah senduk adunan tadi ke dalam kuali dan ratakan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!