Isteri Wan Junaidi meninggal dunia

Norjanah
Norjanah
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Isteri kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar meninggal dunia kira-kira jam 6 petang, pada Jumaat.

Allahyarhamah Datin Seri Feona Sim@ Norjanah disahkan meninggal dunia akibat pendarahan dalaman di Borneo Medical Centre, Kuching, Sarawak.

Jenazah Norjanah, 70, akan dibawa ke kediaman Wan Junaidi yang juga Ahli Parlimen Santubong, malam ini.

Solat jenazah pula akan dilakukan pada jam 9 pagi pada Sabtu disusuli pengebumian di Tanah Perkuburan Samariang, Sarawak pada hari sama.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg juga dijangka hadir untuk solat jenazah pada Sabtu.

Allahyarhamah berkahwin dengan Wan Junaidi pada tahun 1972 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Sharifah Fariah, 49; Sharifah Nong-Jasima, 38 dan Sharifah Nuril Barieyah, 29.