X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 06 Julai 2022

Suspek pengedar dadah berjaya lolos

Seorang lelaki tular melarikan diri selepas dikepung dua anggota polis berpakaian preman di sekitar Taman Maluri, Cheras pada Khamis merupakan suspek yang terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki tular melarikan diri selepas dikepung dua anggota polis berpakaian preman di sekitar Taman Maluri, Cheras di sini pada Khamis merupakan suspek yang terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzham Jaafar berkata, pihaknya telah mengesan sebuah video berdurasi 52 saat memaparkan kejadian tersebut dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook.

"Video berkenaan memaparkan beberapa individu yang menaiki motosikal sedang melaksanakan tangkapan terhadap suspek yang menaiki motosikal jenis Yamaha 135 LC di persimpangan lampu isyarat, Taman Maluri.

"Suspek dipercayai menjalankan aktiviti pengedaran dadah dan ketika proses tangkapan dilaksanakan, anggota polis cuba merampas anak kunci namun gagal kerana tiada anak kunci," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurutnya, siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengesan suspek sehingga berjaya ditangkap.

"Polis juga ingin menasihatkan orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi dan menyebarkan maklumat yang tidak tepat.

"Sekiranya orang ramai mempunyai sebarang maklumat berhubung aktiviti menyalahi undang-undang boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di talian 03-92845051 dan Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115999," ujarnya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!