SkyAwani 3 siap dibina, SkyBridge terima anugerah MBOR

Chee Seng (kiri) dan Jwan Heah (kanan) bergambar bersama papan tanda SkyBridge Kediaman Tertinggi di Malaysia di aras 52.
Chee Seng (kiri) dan Jwan Heah (kanan) bergambar bersama papan tanda SkyBridge Kediaman Tertinggi di Malaysia di aras 52.
A
A
A

SHAH ALAM - Projek perumahan mampu milik, SkyAwani 3 Residences milik Pemaju Hartanah, SkyWorld Development Group (SkyWorld) yang selesai dibina menerima Anugerah SkyBridge Kediaman Tertinggi di Malaysia oleh Malaysia Book of Records (MBOR) bagi SkyBridge yang terletak di aras 52.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Lee Chee Seng berkata, SkyWorld bukan hanya menyediakan kediaman yang selesa, malah meningkatkan gaya hidup penduduk di sini.

Menurutnya, dengan komitmen yang kukuh terhadap mutu kerja berkualiti dan kemudahan yang komprehensif, pembeli rumah akan menikmati pemandangan langit yang menyeronokkan di SkyAwani 3 yang terletak di Setapak, Kuala Lumpur.

“Skyawani 3 Skybridge pada ketinggian 170.55 meter (559.54 kaki) ini terletak di ruang fasiliti residensi tersebut di aras 52.

“Skybridge sepanjang 550 meter (1804 kaki) ini menghubungkan kesemua tiga menara di mana penduduk boleh menikmati pemandangan latar langit bandar raya Kuala Lumpur secara eksklusif tanpa halangan.

“Selain pemandangan bandar yang indah, terdapat kemudahan lain seperti trek joging, permainan catur, senaman luar dan ruang yang luas untuk menggalakkan interaksi sosial yang sihat,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, SkyWorld menyokong penuh inisiatif kerajaan untuk menyediakan satu juta unit rumah mampu milik menjelang 2029.

Katanya, sehingga kini, syarikat pemaju hartanah itu telah melancarkan sebanyak 6,236 unit rumah mampu milik dan merupakan salah satu penyumbang terbesar dalam program Residensi Wilayah Keluarga Malaysia.

“Siri Awani dikenal pasti sebagai salah satu rumah mampu milik yang paling dicari susulan harga berpatutan, susun atur yang praktikal, mutu kerja berkualiti dan kemudahan kondominium yang lengkap.

“Justeru, semua Siri Awani telah diambil sepenuhnya dan pasukannya sedang merancang untuk ansuran keenamnya.

"SkyWorld merancang untuk melancarkan empat projek di Kuala Lumpur tahun ini di pelbagai lokasi strategik di Setapak, Cheras, Taman Melawati dan Setiawangsa,” jelasnya.

Sementara itu, Pengarah Pemasaran MBOR, Jwan Heah berkata, beliau turut berbangga melihat satu lagi rekod baharu dan pencapaian yang dikecapi oleh SkyWorld melalui Anugerah SkyBridge Kediaman Tertinggi di Malaysia.

“Saya benar-benar kagum melihat rumah mampu milik boleh menjadi mengagumkan dengan kemudahan yang lengkap, fasad yang luar biasa dan mutu kerja yang berkualiti.

“Syabas pasukan SkyWorld dan tahniah kepada bakal penduduknya yang akan menikmati pemandangan panorama Kuala Lumpur bernilai jutaan dolar dari aras 52,” ujarnya.

Chee Seng (kiri) membawa tetamu jemputan mengunjungi aras 8 di SkyAwani 3 Residences.
Chee Seng (kiri) membawa tetamu jemputan mengunjungi aras 8 di SkyAwani 3 Residences.

Untuk makluman, SkyAwani 3 Residences merupakan projek di bawah Program Residensi Keluarga Malaysia yang mematuhi mutu kerja Sistem Penilaian Kualiti Bagi Projek Pembinaan (QLASSIC).

Pembangunan yang terdiri daripada 1,905 unit itu mempunyai 22 kemudahan aktif dan rekreasi yang sesuai untuk semua generasi seperti kolam renang dengan jakuzi jet gelembung, bilik permainan, gelanggang bola keranjang dan gimnasium.