X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 06 Julai 2022

‘Harap kerjasama MN masih kekal'- Noh

NOH OMAR
A
A

KUALA LUMPUR - Kerjasama membabitkan Muafakat Nasional (MN) masih lagi diharapkan kekal seperti dahulu walaupun ia kini tinggal dianggap sebagai ‘nyawa-nyawa ikan’.

Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar bagaimanapun berkata, pihaknya menyerahkan perkara itu kepada pucuk kepimpinan parti.

“Kita di peringkat bawah macam di negeri Selangor kalau boleh MN ini hidup seperti dahulu itu amat dialu-alukan. Bagaimanapun kita serah kepada kebijaksanaan pimpinan di atas,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Pelan Strategik Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) 2021-2025 dan Pra Pelancaran Sambutan Hari Koperasi Negara di sini pada Selasa.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang beranggapan walaupun MN sudah nyawa-nyawa ikan, namun beliau percaya gagasan itu masih bernyawa dan belum berkubur.

Tuan Ibrahim juga menyambut baik kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang masih memberi ruang kepada kedua-dua parti untuk duduk berbincang bagi menentukan hala tuju gagasan itu.

Mengulas lanjut, Noh berkata, sama ada MN akan terus hidup atau sebaliknya bergantung kepada kebijaksanaan kepimpinan kedua-dua parti.

“Saya serahkan kepada kebijaksanaan kepimpinan kedua-dua parti kerana setiap parti ini ada jawatankuasa mereka,” ujarnya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!