X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 25 Jun 2022

Kerjasama MN ibarat 'nyawa-nyawa ikan': Ahmad Zahid

Ahmad Zahid (duduk dua dari kanan) bersama Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar (duduk kanan) sempena jamuan Hari Raya Aidilfitri UMNO Bahagian Sungai Besar di Dewan UMNO Bahagian Sungai Besar, pada Jumaat.
A
A

SUNGAI BESAR - UMNO menyifatkan kerjasama dengan Pas menerusi Muafakat Nasional (MN) ibarat 'nyawa-nyawa ikan'.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, masa depan MN biar dibincangkan di peringkat jawatankuasa kedua-dua parti.

"Hasil perbincangan itu nanti mungkin dibawa kepada kedua-dua parti untuk diputuskan," katanya ketika ditemui pemberita sempena jamuan Hari Raya Aidilfitri UMNO Bahagian Sungai Besar di Dewan UMNO Bahagian Sungai Besar, pada Jumaat.

Mengulas mengenai terdapat menteri kabinet yang turun di beberapa kawasan tertentu berkemungkinan mengintai peluang sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Ahmad Zahid berkata, perkara itu terpulang kepada pemimpin tersebut.

"Tidak apalah, ini Hari Raya (Aidilfitri), datanglah. Dia hendak menyumbang bagi bantuan, kita terima siapa pun," katanya.

Ditanya mengenai calon bagi menghadapi PRU15, Ahmad Zahid berkata, perkara itu belum diputuskan.

"(Soal) calon kita belum putuskan lagi," kata beliau.

Ahmad Zahid sebelum ini dilaporkan berkata, kerjasama UMNO dan Pas melalui MN perlu dilupakan pada PRU15.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!