X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 07 Julai 2022

Seawal 6.30 pagi sudah beratur panjang

Kelihatan orang ramai beratur panjang untuk membeli ayam segar di Pasar Ampangan, Seremban pada Sabtu
A
A

SEREMBAN - Hanya tinggal ayam pencen dan ayam kampung saja. Itu situasi bekalan ayam di Pasar Ampangan di sini pada Sabtu.

Tinjauan Sinar Ahad mendapati, hanya satu daripada empat gerai yang masih mempunyai bekalan, manakala dua lagi hanya menjual ayam pencen dan ayam kampung.

Seawal jam 6.30 pagi, orang sudah mula beratur panjang dan jam 10 pagi, bekalan sudah habis.

Peniaga ayam, Zulkifli Akhir, 58, berkata, dia membuka kedai seawal jam 3.30 pagi dan pelanggan mula beratur jam 6.30 pagi.

“Tapi saya tak hadkan berapa ekor ayam yang boleh dibeli pelanggan dan menggunakan konsep siapa cepat dia dapat,” katanya kepada Sinar Ahad.

Tengku Noor Azira
Tengku Noor Azira

Sementara itu, suri rumah, Tengku Noor Azira Ibrahim, 40, berkata, dia tidak sangka orang sudah beratur panjang ketika sampai di pasar berkenaan pada jam 7.30 pagi.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!