Agong, Permaisuri zahir ucapan tahniah kepada penembak, pasukan karate

Ucapan tahniah Seri Paduka berdua dikongsi menerusi laman Facebook rasmi Istana Negara pada Sabtu.
Ucapan tahniah Seri Paduka berdua dikongsi menerusi laman Facebook rasmi Istana Negara pada Sabtu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan tahniah kepada atlet menembak dan pasukan karate lelaki negara yang berjaya meraih pingat emas pada temasya Sukan SEA ke-31 di Hanoi, Vietnam pada Jumaat.

Ucapan tahniah Seri Paduka berdua dikongsi menerusi laman Facebook rasmi Istana Negara pada Sabtu.

Atlet menembak, Nurul Syasya Nadiah Mohd Arifin meraih pingat emas ke-35 negara semalam selepas mengungguli final 10 meter (m) air pistol wanita pada penampilan sulungnya di Sukan SEA.

Pingat emas ke-36 negara disumbangkan skuad karate kebangsaan menerusi acara kumite berpasukan lelaki dibarisi S Prem Kumar, Sureeya Sankar dan R Sharmendran yang menewaskan Indonesia 3-0 pada saingan final.

Kemenangan skuad karate pada Jumaat merealisasi sasaran kontinjen negara untuk meraih 36 pingat emas pada temasya Sukan SEA kali ini. - Bernama