Vangelis, komposer muzik terkenal meninggal dunia

Vangelis - Foto Facebook
Vangelis - Foto Facebook
A
A
A

ATHENS - Komposer muzik terkenal, Vangelis yang pernah memenangi anugerah Oscar dan merupakan pengasas muzik elektronik meninggal dunia ketika berumur 79 tahun, menurut ciapan Perdana Menteri Greece, Kyriakos Mitsotakis di Twitter pada Khamis.

Beliau menjadi komposer lagu untuk filem fiksyen sains Blade Runner pada tahun 1982 yang diarahkan oleh Ridley Scott dan komposer lagu untuk filem Chariots of Fire juga pada tahun sama.

Menurut beberapa media Greece, Vangelis meninggal dunia akibat Covid-19 di Perancis.

"Vangelis Papathanassiou tidak lagi bersama kami," kata Mitsotakis menerusi ciapannya di Twiiter.

"Dunia muzik telah kehilangan Vangelis (artis) antarabangsa," menurut ciapannya itu.

"Dengan rasa sedih yang besar kami mengumumkan bahawa orang Yunani yang hebat, Vangelis Papathanassiou meninggal dunia pada lewat malam Selasa pada 17 Mei," kata seorang peguamnya yang dipetik sebagai berkata oleh agensi berita ANA.

Beliau yang menjadi komposer untuk lagu dalam filem Chariots of Fire pada tahun 1982 telah menyebabkannya memenangi Anugerah Akademi untuk skor asal terbaik sekali gus mengalahkan muzik John Williams untuk filem Indiana Jones.

Lagu itu digunakan semasa upacara penyampaian pingat Sukan Olimpik di London pada tahun 2012.

Dalam kerjaya yang menjangkau lebih lima dekad, dia menggunakan penerokaan angkasa lepas, hidupan liar, seni bina futuristik dan rusuhan pelajar Perancis pada tahun 1968 untuk mendapatkan inspirasi bagi mencipta lagu-lagunya.

Karya Vangelis yang terkenal ialah 'Missing', 'Antarctica', 'The Bounty' dan '1492: Conquest of Paradis'.

Dia juga menghasilkan muzik untuk teater dan balet serta lagu kebangsaan Piala Dunia FIFA pada tahun 2002.

Dilahirkan sebagai Evangelos Odysseas Papathanassiou di Agria, bandar pantai Yunani tengah, berhampiran Volos, Vangelis ialah seorang kanak-kanak bijak yang membuat persenbahan dalam konsert piano pertamanya pada usia enam tahun walaupun tidak pernah mengikuti pelajaran formal. - Agensi