Raih anugerah Penggalakan Perdagangan Dunia ITC bagi pameran halal

MATRADE menang kategori Penggunaan Teknologi Maklumat Terbaik bagi Anugerah Penggalakan Perdagangan Dunia 2022.
MATRADE menang kategori Penggunaan Teknologi Maklumat Terbaik bagi Anugerah Penggalakan Perdagangan Dunia 2022.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) diumumkan sebagai pemenang kategori Penggunaan Teknologi Maklumat Terbaik bagi Anugerah Penggalakan Perdagangan Dunia 2022 pada Persidangan dan Anugerah Pertubuhan Penggalakan Perdagangan Dunia (WTPO) di Accra, Ghana, baru-baru ini.

Anugerah tersebut dianjurkan oleh Pusat Perdagangan Antarabangsa (ITC) yang juga agensi bersama bagi Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Dalam kenyataannya, ITC berkata, MATRADE menyertai pertubuhan perdagangan dari Jamaica dan Zimbabwe sebagai pemenang tahun ini kerana melancarkan program-program inovatif di negara masing-masing yang membantu syarikat-syarikat kecil mendapat manfaat perdagangan.

MATRADE menerima pengiktirafan itu menerusi penganjuran edisi maya Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) ke-17.

"Usaha pendigitalan MIHAS 2021 itu membolehkan eksport perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terus berkembang dalam industri halal biarpun terdapat gangguan akibat Covid-19.

"Pameran maya itu telah membuka pasaran baharu serta menjadikan perhubungan perniagaan lebih selesa dan cekap kos,” katanya.

Pada majlis anugerah itu, Pertubuhan Penggalakan Jamaica (JAMPRO) meraih anugerah terbaik bagi penggunaan inisiatif Export Max III yang membantu pertumbuhan kapasiti eksport 50 PKS menerusi latihan, bimbingan mentor serta pembiayaan kumpulan.

Selain itu, Zimtrade dari Zimbabwe pula merangkul anugerah pemenang Inisiatif Terbaik bagi perdagangan inklusif dan mampan untuk inisiatif Inkubator Eksport Belia Eagle’s Nest - pertandingan realiti televisyen bagi usahawan muda yang berjaya mencetuskan kesedaran eksport di peringkat kebangsaan. - Bernama

Artikel Berkaitan: