Saya seperti tak percaya...: Sarimah Ibrahim

Che Puan Sarimah - Foto Instagram
Che Puan Sarimah - Foto Instagram
A
A
A

PENGACARA terkenal, Che Puan Sarimah Ibrahim telah berkongsi gambar terkininya yang sedang sarat hamil enam bulan.

Menurut selebriti yang juga pelakon dan peyanyi ini, dia sama sekali tidak mempercayai kandungannya sudah mencecah enam bulan dan akan bersalin Julai depan.

"Ambil gambar ini awal pagi tadi ketika saya bersiap untuk bersenam. Hampir enam bulan Alhamdulillah.

"Perut saya kelihatan lebih ke depan, ia membesar di tengah dan bukan mengembang di tepi setakat ini.

"Ia menyebabkan saya sakit belakang dan perlu melakukan rengangan setiap pagi dan malam untuk mengurangkan rasa sakit.

"Otot betis pun sakit sebab penambahan berat badan. Terima kasih kepada senaman pilates kerana membantu saya bertambah kuat. Ada tips untuk mengurangkan sakit belakang?

"Saya seperti tidak percaya akan bergelar ibu Julai depan, Insya Allah. Masih banyak yang perlu dilakukan tapi kami dah ada nama untuknya," tulisnya.

Artikel Berkaitan:

Che Puan Sarimah - Foto Instagram
Che Puan Sarimah - Foto Instagram