Syafie, Aishah tunang 7 April

Syafie Naswip dan Aishah Azman
A
A

PELAKON Syafie Naswip bakal mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihannya, Aishah Azman pada 7 April depan, selepas tiga tahun bercinta.

Kad undangan untuk majlis yang bakal berlangsung di Cheras itu telahpun diedarkan kepada rakan-rakan media hari ini.

Hubungan cinta Syafie, 27, dan Aishah bukanlah satu rahsia kerana kedua-dua pelakon ini bersikap terbuka dan berkongsi kisah cinta mereka kepada umum sebelum ini.

Syafie dan Aishah berkenalan menerusi laman Instagram, malah pernah berlakon bersama dalam drama Waliuddin 2 Ringgit. Aishah, 23, yang merupakan adik kepada pelakon Afiq Muiz ini juga dikenali menerusi dram Mencintaimu Mr. Photographer.

Syafie Naswip
Syafie Naswip