Bina badan sumbang pingat emas ke-16 negara

Mohd Syarul Azman (kanan) bergambar bersama Nur Azmi selepas dinobatkan selaku pemenang pingat emas dalam acara Men’s Athletic Physique Open di Pusat Latihan dan Pertandingan Sukan Hanoi pada Ahad. - Foto FB OCM

A
A
A

ATLET bina badan negara, Mohd Syarul Azman Mahen meraih emas ke-16 negara pada temasya Sukan SEA Hanoi 2021 menerusi acara Men’s Athletic Physique Open di Pusat Latihan dan Pertandingan Sukan Hanoi pada Ahad.

Kejayaan itu sekali gus menjadikan pingat emas berkenaan sebagai pingat emas sulung daripada skuad bina badan negara pada Sukan SEA kali ini.

Untuk rekod, Mohd Syarul Azman sebelum ini merupakan juara bina badan dunia sebanyak empat kali sejak 2016, 2017, 2018 dan 2019 lalu.

Hadir sama menyaksikan kemenangan Mohd Syarul Azman Mahen adalah Ketua Kontinjen (CDM) negara, Datuk Nur Azmi Ahmad.

Artikel Berkaitan: