Kayuh raya

A
A
A

Pengguna basikal lipat "Folding Bike” mengenakan baju raya dan melakukan kayuhan santai pada program Kayuh Raya ketika di Dataran Merdeka hari ini.

Gabungan 44 kelab basikal lipat dari seluruh Malaysia dan juga Singapura berkumpul di Dataran Merdeka untuk meraikan Hari Raya tahun ini.

Program tersebut dicetuskan oleh saudara Muhammad Firdaus Abdul Karim atau lebih dikenali sebagai Bujal dalam kalangan pemilik basikal lipat mewakili Klang Foldies yang ditubuhkan pada 2016.

Menurut Bujal, Kayuh Raya yang dianjurkan hari ini adalah bertujuan mengeratkan lagi silaturahim dalam kalangan pemilik basikal lipat seluruh Malaysia.

Seramai lebih 1,000 penunggang basikal lipat yang hadir pada acara Kayuh Raya ini berbaju Melayu tradisional serta peserta wanita mengenakan busana baju kurung dan kebaya bagi memeriahkan lagi Aidifitri tahun ini selepas negara dilanda Covid-19.

Antara kelab basikal yg terlibat Underground Foldies Kuala Lumpur (UFKL), Klang Foldies, Kami Budak Lipat, Geng Basikal Lipat, Lipatist (Johor) Ipoh Foldies, Meru Foldies, C&C, Putrajaya Foldies, Ladies Krew dan banyak lagi.

Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Berswafoto dan beramah mesra

No Image Caption
GALERI

Penghormatan terakhir

No Image Caption
GALERI

Gelombang cuaca panas

No Image Caption
GALERI

Pink Moon