Isu Sapura Energy perlu dilihat kerangka lebih besar: Anwar

Anwar semasa program Debat Perdana yang disiarkan langsung dari Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) pada Khamis.
Anwar semasa program Debat Perdana yang disiarkan langsung dari Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) pada Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR- Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan isu Sapura Energy Bhd perlu dilihat pada kerangka yang lebih besar.

Tegasnya, ia perlulah dilihat dari segi masalah pengurusan, integriti, rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

“Soalnya bukan soal bantu atau bailout, soalnya sebelum kita campur dalam urusan ini, mesti ada forensik audit,“ katanya.

Beliau berkata demikian dalam Debat Perdana yang turut menampilkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan disiarkan langsung dari Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) pada Khamis.

Debat ini mendapat kerjasama empat media iaitu Sinar Harian, Astro Awani, Malaysia Gazette dan Sin Chew Daily.